Popular seluruh dunia, pengaruh Rosé BLACKPINK dalam industri muzik memang tidak perlu dinafikan lagi.
Terbaru pada 28 April, Rosé telah memuat naik pakej istimewa yang diterimanya dari Taylor Swift, iaitu album terbarunya ‘The Tortured Poets Department’.
Tulis ahli BLACKPINK itu,
Terima kasih. Saya dah bersedia untuk nangis.
Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama Rosé memaparkan persahabatannya dengan penyanyi popular itu malahan sebelum ini, dia juga pernah dijemput ke parti tertutup Taylor Swift di Amerika pada September tahun lalu.
Bila nak kolaborasi ni? Hehe