Pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa V BTS dan Park Bo-gum merupakan kawan baik.
Terbaru, V dan Park Bo-gum dilihat hadir di Pameran Seni Dewan Liechtenstein di Pusat Konvensyen COEX, Seoul. Meskipun masing-masing sibuk dengan jadual padat namun, mereka masih tetap mencari peluang untuk meluangkan waktu bersama.
Orang ramai yang terserempak dengan kedua selebriti itu berkongsi bahawa mereka terpesona ketika bertemu dengan V dan Park Bo-gum secara peribadi. Malahan, ada juga yang berpeluang untuk berinteraksi bersama V.
https://twitter.com/Artistae1230/status/1566730191673630720
Kongsi seorang peminat di Twitter,
Sesiapa sahaja boleh tahu itu V, sikapnya yang suka bermain-main membuatkan saya menitiskan air mata. Saya rasa dia tidak dikenali kerana semua orang melihat lukisan, jadi saya dengan berhati-hati memberitahunya, ‘Saya seorang ARMY!’.
Tambah peminat itu,
Dia kemudian menjawab, ‘Oh, betulkah?’ sebelum ketawa dan memberi saya tangannya. Saya benar-benar akan pergi selepas hanya memberitahunya saya peminatnya, tetapi dia memberi saya tangannya terlebih dahulu, jadi kami berjabat tangan. Kemudian seseorang berkata, ‘Saya juga!’ maka V juga menjabat tangan mereka.
Untuk pengetahuan, V BTS dan Park Bo-gum mula bertemu pada 2016 selepas sama-sama membintangi siri TV “Celebrity Bromance” dan kian rapat sejak itu.
Ramah betul V!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.