Ikuti Kami:

Kawan Baik Dulu, Netizen Pelik Hubungan Lee Dongwook & Song Jihyo Kelihatan Kekok Kini?

Kawan Baik Dulu, Netizen Pelik Hubungan Lee Dongwook & Song Jihyo Kelihatan Kekok Kini?

Siapa yang sudah sekian lama meminati K-Drama, pastinya tahu bahawa Song Ji-hyo dan Lee Dong-wook merupakan rakan baik.

Keduanya pernah bertemu dalam drama “The Fugitive Of Joseon” pada 2013 dan terus mengekalkan hubungan akrab sehingga Lee Dong-wook turut muncul dalam “Running Man” sebagai tetamu sebagai sokongan buat Song Ji-hyo.

Setelah sekian lama tak muncul sekali dalam mana-mana projek, penonton meluahkan rasa gembira apabila mereka bersama menjadi tetamu dalam majlis anugerah kelolaan Yoo Jae-suk untuk “Pinggyego”.

lee dongwook song jihyo

Malah semua terharu melihat Lee Dong-wook menjaga Song Ji-hyo dengan meminta Yoo Jae-suk supaya memberikan peluang buat wanita itu bercakap. Kata pelakon wanita itu,

Tak apa, jangan kisahkan saya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa suara sumbang yang mempersoalkan mengapa hubungan kedua-dua mereka kelihatan sedikit kekok berbanding dahulu. Malah mereka berpelukan tanpa memandang satu sama lain sekaligus menguatkan lagi dakwaan keduanya sudah tidak rapat seperti dahulu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...