Ikuti Kami:

Kawan Baik Dari SM Entertainment, Krystal Sokong Debut Kumpulan Gadis Min Heejin NEWJEANS

Kawan Baik Dari SM Entertainment, Krystal Sokong Debut Kumpulan Gadis Min Heejin NEWJEANS

Debut kumpulan gadis baharu HYBE Labels iaitu NEWJEANS nampaknya telah menerima banyak sokongan.

BACA: Muzik Video Terbaru NewJeans ‘Cookie’ Raih Pelbagai Reaksi Peminat

Terbaru pada 4 Ogos, Krystal f(x) turut tidak terkecuali memberikan sokongan kepada NEWJEANS, kumpulan yang dicipta oleh rakan baiknya Min Hee-jin, yang juga merupakan CEO kepada agensi ADOR.

Melalui entri yang dimuat naik Krystal di Instagram Story, idola itu telah menyiarkan foto album debut NEWJEANS ‘New Jeans’ dan turut menandakan akaun instagram Min Hee-jin tanda sokongan buat rakannya itu.

krystal newjeans

Untuk pengetahuan, Min Hee-jin sebelum ini merupakan Pengarah Seni untuk album pita merah jampu kumpulan f(x). Dia juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif Eksekutif SM Entertainment sehingga 2018. Kini, Min Hee-jin merupakan CEO kepada ADOR, iaitu anak syarikat HYBE Labels.

Dalam pada itu, NEWJEANS ialah kumpulan yang terdiri daripada 5 ahli iaitu Min-ji, Han-ni, Danielle, Hae-rin dan Hye-in. Kumpulan itu telah melancarkan album pertama mereka “New Jeans” dengan judul lagu “Cookie”, yang telah menerima pelbagai reaksi positif.

Korang dah dengar belum lagu debut NEWJEANS?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...