Ikuti Kami:

Karya Pengarah ‘Little Women’, Jun Jihyun & Kang Dongwon Sah Terajui Melodrama Perisik ‘Polaris’

Karya Pengarah ‘Little Women’, Jun Jihyun & Kang Dongwon Sah Terajui Melodrama Perisik ‘Polaris’

Kolaborasi diantara Jun Ji-hyun dan Kang Dong-won telah menjadi kenyataan selepas mereka didapati telah mula melakukan penggambaran bagi drama terbaru mereka, “Polaris”.

“Polaris” menceritakan tentang perisik yang kehilangan identiti dan memulakan perjalanan untuk mendapatkan semula kehidupan mereka.

Jangkaan peminat terhadap drama ini semakin meningkat, terutamanya selepas salah seorang kakitangan drama tersebut berkongsi foto kedua-dua pelakon itu pada hari pertama penggambaran di media sosial.

Malah, drama ini juga merupakan drama pertama lakonan Kang Dong-won di kaca tv selepas hampir 20 tahun sejak drama terakhirnya, “Magic” pada tahun 2004.

polaris-drama

Ianya juga merupakan projek pertama Jun Ji-hyun selepas dia membintangi drama “Jirisan” pada tahun 2021 yang lalu.

Dengan imej sebagai pelakon yang sentiasa meraih rating tinggi dalam setiap drama lakonannya, gandingan hebat Jun Ji-hyun dan Kang Dong-won ini dijangka akan mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat di luar dan dalam negara.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...