Lisa BLACKPINK dan Frédéric Arnault telah menghadiri satu acara di Monaco.
Pada 26 Mei, Lisa telah mendampingi teman lelakinya di sebuah acara dan kedua-duanya kelihatan mesra berinteraksi diantara satu sama lain.
Namun, tular satu video di mana Frédéric Arnault telah dilihat mencium ahli BLACKPINK itu ketika mereka sedang menonton satu persembahan.
Meskipun persekitaran sedang gelap, CEO jenama mewah itu dilihat mendekatkan wajahnya di pipi Lisa, sekaligus membuatkan ramai teruja melihat pasangan itu mempamerkan rasa sayang mereka diantara satu sama lain.
lisa and frederic watching j balvin. pic.twitter.com/NTXMZc0WEq
— &. . (@fredericslisa) May 26, 2024
Tetapi, selepas video itu mendapat perhatian ramai, terdapat pengunjung yang menjelaskan bahawa Frédéric Arnault sebenarnya sedang berborak dengan seseorang yang duduk di belakang Lisa dan posisi mereka pada waktu itu membuatkan mereka kelihatan seperti sedang berciuman.
Alaaa baru nak teruja..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.