Ikuti Kami:

Kang Sora Selamat Lahirkan Anak Perempuan Kedua

Kang Sora Selamat Lahirkan Anak Perempuan Kedua

Tahniah buat Kang So-ra!

Pada 11 Disember, syarikat Kang So-ra iaitu PLUM A&C, telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pelakon itu telah selamat melahirkan anak perempuan keduanya.

Syarikat itu turut berkata,

Kedua-dua ibu dan bayi berada di dalam keadaan yang sihat. 

Kang So-ra telah berkahwin dengan seorang doktor pakar dalam perubatan Asia pada Ogos 2020 dan melahirkan anak perempuan pertamanya pada tahun berikutnya.

Dia seterusnya telah melahirkan anak kedua mereka dua tahun selepas anak pertama mereka dilahirkan.

kang sora (1)

Sementara itu, Kang So-ra telah membuat kemunculan pertama dalam tempoh enam tahun dengan drama “Strangers Again” pada Januari 2023.

Kemudian, pada bulan Oktober yang lalu, dia telah mendedahkan kandungan keduanya di akaun Instagram miliknya.

Malah, pelakon ini juga sering memberikan kemas kini mengenai kandungan serta rutin kehamilan yang diamalkan di rancangan YouTube miliknya.

Mesti anak dia pun cantik macam ibunya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...