Ikuti Kami:

Kang Seungyoon WINNER Kongsi Kisah Kemalangan Kecil Dalam Program ‘Real NOW’

Kang Seungyoon WINNER Kongsi Kisah Kemalangan Kecil Dalam Program ‘Real NOW’

Baru-baru ini, umum pasti sudah mengikuti perkembangan kumpulan WINNER yang tampil dalam rancangan realiti terbaru “Real NOW” melalui siaran Naver NOW. Namun, apa yang menggemparkan ialah terdapat satu kemalangan kecil yang berlaku. Tapi bagaimana?

Setelah rancangan realiti tersebut sudah mula disiarkan melalui siaran Naver NOW sejak awal bulan lalu, terbaru, kumpulan WINNER turut menghadiri temu bual khas secara langsung untuk tayangan perdana program realiti perjalanan Naver NOW mereka, “Real NOW”.

Melalui temu bual khas tersebut, ahli WINNER menonton semula klip perjalanan 1 malam, 2 hari mereka, termasuk adegan di mana ketua kumpulan WINNER, Kang Seung-yoon bersuara mengenai kejadian kemalangan yang berlaku.

winner

Mengenai kejadian tersebut, dimana dia menawarkan diri untuk memandu, kemudian akhirnya berundur ke dinding konkrit di belakangnya. Kang Seung-yoon menjelaskan bahawa,

Ya, kereta itu adalah sewa. Kakitangan menjaga kereta tersebut melalui insurans, jadi tolong jangan risau, semua orang. Saya tidak dikenakan sebarang penalti ke atas lesen memandu saya.

Kang Seung-yoon kemudian menyambung,

Malam sebelum hari penggambaran, saya menghabiskan sepanjang malam merakam video saya mengemas, jadi saya tidak dapat tidur dengan lena.

Tetapi saya masih tiba pada hari penggambaran, dan saya tidak sepatutnya menawarkan diri untuk memandu kerana saya tidak berada dalam keadaan stabil, tetapi, saya masih melakukannya. Saya rasa otak saya datang dan pergi pada ketika itu.

winnerAkhirnya, Kang Seung-yoon menjelaskan dan meyakinkan peminat bahawa,

Selepas kemalangan kecil itu, saya berlatih memandu seperti orang gila. Saya memandu ke tempat yang jarang saya pergi. Saya tidak mahu memalukan diri saya lagi.

Saya rasa saya tidak boleh terlalu yakin bahawa saya pandai memandu, tetapi tidak mengapa. Jangan risau tentang saya, semua orang. Saya selamat semasa memandu dengan baik.

Nasib baik cuma kemalangan kecil dan tiada seorang pun ahli WINNER yang tercedera. Diharapkan selepas ini, mereka semua masing-masing akan terus berhati-hati dalam setiap perkara.

Korang dah tengok ke rancangan realiti WINNER?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...