Seronoknya tengok Kang Ki-young semakin mendapat banyak peluang untuk berlakon sekarang kan?
Terbaru, Kang Ki-young telah tampil dalam program “You Quiz on the Block”, di mana lelaki itu ada menjawab beberapa soalan tentang dirinya.
Dalam siaran itu, Kang Ki-young berkongsi mengenai hubungannya bersama Park Eun-bin, iaitu rakan pelakonnya dari “Extraordinary Attorney Woo”. Jelasnya,
Haritu, saya ada menelefon Park Eun-bin untuk bertanya khabar dan ibu saya berada di sebelah saya. Kemudian ibu berkata pada saya ‘Saya tidak pernah melihat seseorang yang melayan awak dengan begitu selesa’.
Kemudian mengenai kejayaan drama “Extraordinary Attorney Woo”, Kang Ki-young menjelaskan,
Saya rasa seperti seorang ‘bintang’ setiap kali selepas bangun tidur, walaupun ia bukan peningkatan mendadak.
Tambahnya lagi dengan memberitahu tentang banyak tawaran iklan yang dia terima selepas membintangi drama itu,
Syukur, saya telah merakam bebepara iklan produk. Saya pernah menjadi model komersial dan saya menerima jumlah yang tidak dapat dibayangkan dari standard saya. Waktu awal dulu, saya hanya terima 300,000 won untuk iklan pertama.
Info tambahan, Kang Ki-young akan menemui penonton dalam “The Uncanny Counter 2” sebagai watak penjahat, bakal ditayangkan pada 29 Julai nanti.
Memang rezeki Kang Ki-young kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉