Ikuti Kami:

Kang Kiyoung Akui Risau Berlakon Dengan Hyunbin & Hwang Jungmin Dalam ‘The Point Men’

Kang Kiyoung Akui Risau Berlakon Dengan Hyunbin & Hwang Jungmin Dalam ‘The Point Men’

Meskipun jarang memegang watak utama, Kang Ki-young memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon Korea yang dikenali ramai.

Terbaru, pelakon itu telah menghadiri sidang media untuk filemnya akan datang “The Point Men” dan turut dihadiri pelakon seperti Hyunbin dan Hwang Jung-min.

Untuk pengetahuan, “The Point Men” adalah filem mengenai operasi menyelamat dan rundingan yang dijalankan oleh seorang diplomat dan ejen Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS), yang berjuang dan mempertaruhkan nyawa mereka di Afghanistan bagi menyelamatkan tebusan Korea yang telah diculik di Timur Tengah.

Ketika sesi temu bual, Kang Ki-young berkongsi bahawa dia berasa risau untuk membintangi filem ini pada awalnya,

Saya bimbang sama ada saya boleh melakukannya dengan baik selepas mendengar barisan pengarah dan pelakon lain. Nasib baik, saya dapat menyelami watak saya kerana semua orang menyokong saya dengan baik.

kang kiyoung the point men

Dalam “The Point Men”, Kang Ki-young memainkan watak sebagai Kasim, seorang warga Korea yang terselamat di Afghanistan. Pelakon itu turut menjelaskan mengenai wataknya dengan berkata,

Peranan itu serupa dengan peranan yang pernah saya pegang sebelum ini, tetapi lakonan yang diperlukan sangat berbeza. Semasa bertahan di Afghanistan, watak saya melakukan banyak kerja haram, tetapi pada masa krisis, dia menerima cadangan daripada Dae-sik dan mengambil bahagian dalam rundingan itu.

Tambahnya lagi,

Saya belajar banyak semasa berlakon dengan senior saya. Saya sangat risau, tetapi saya bekerja keras untuk bersiap sedia untuk berlakon sambil bercakap bahasa asing. Saya berlatih baris bahasa asing supaya ia boleh keluar seperti rap.

kang kiyoung

Umum pasti mengetahui bahawa Kang Ki-young telah membintangi drama popular “Extraordinary Attorney Woo” dan menerima banyak cinta untuk wataknya. Dia berkongsi perasaannya,

Kini, saya bekerja dengan hati yang bersyukur. Saya harap ‘The Point Men’ juga akan menjadi hit.

Dalam pada itu, filem “The Point Men” bakal menemui penonton pada 18 Januari 2023 ini. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...