Ikuti Kami:

Kang Jihwan Dituduh Buat Serangan Seksual, Bukti Baru Daripada CCTV & Mesej Seperti ‘Diperangkap’ Mangsa?

Kang Jihwan Dituduh Buat Serangan Seksual, Bukti Baru Daripada CCTV & Mesej Seperti ‘Diperangkap’ Mangsa?

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon Kang Ji-hwan kini sedang melalui prosiding mahkamah akibat tuduhan menyerang dua orang wanita secara seksual di kediamannya pada tahun lepas. Meskipun bukti menunding jari ke arahnya namun penemuan baru seperti rakaman CCTV dan mesej daripada mangsa mungkin akan mengubah arah perbicaraan kini.

▶ Kang Ji-hwan yang ‘pitam’ dalam rakaman CCTV, mangsa tinggal di rumah

Rakaman CCTV yang diambil pada 9 Julai tahun lepas menunjukkan mangsa A dan B bersama Kang Ji-hwan duduk di meja ruang tamu sambil bergembira minum sehingga lewat petang. Sebelum kejadian ini, pelakon itu telah berenang bersama A di kolam renang dalam kawasan rumahnya. Kemudiannya, lelaki tersebut ‘pitam’ kerana minum alkohol berlebihan dan dipapah oleh kedua wanita itu ke biliknya.

bukti serangan seksual kang jihwan

Dalam rakaman itu, mangsa dilihat mandi sementara Kang Ji-hwan sedang tidur dan berjalan di sekitar rumah tersebut dengan hanya memakai pakaian dalam. Pelakon itu turut menyediakan deposit istimewa kepada mangsa kerana meninggalkan agensi dan CCTV merakam kedua mereka membuka sampul tersebut untuk menyemak jumlahnya.

Walaubagaimanapun, tiada CCTV yang dipasang dalam bilik Kang Ji-hwan di mana insiden tersebut dikhabarkan berlaku.

▶ Perbualan mangsa B dalam aplikasi Kakao Talk, ” Rumah ini hebat gila!..” 

Sports Chosun berjaya memperolehi kandungan mesej salah seorang daripada mangsa ketika kejadian tersebut berlaku. Menerusi mesej yang berbalas, B dilihat bersembang sambil berseloroh dengan salah seorang rakannya pada pagi selepas kejadian itu dikatakan berlaku. Lebih utama, B dilihat seperti menjelaskan situasi tersebut kepada kenalan itu,

Saya berada di rumah Kang Ji-hwan, ianya rumah tiga tingkat dengan kolam renang atas bumbung selain ada kolam air panas. Rumah ini hebat gila!

bukti serangan seksual kang jihwan

Bahkan B turut menghubungi rakan yang sama pada malam kejadian sekitar jam 8.30 malam dan 9.09 malam dan mengatakan,

Kalau benda ini jadi, pasti akan ada artikel… hahahaha

Hal ini bertentangan dengan laporan awal mangsa B yang mengatakan bahawa dia dikurung di kediaman Kang Ji-hwan selepas lelaki itu menyerangnya secara seksual selain meminta polis ‘menyelamatkannya’.

▶ DNA Kang Ji-hwan tidak ditemui pada mangsa vs. kenyataan mangsa bahawa Kang Ji-hwan tidak mabuk

Peguam yang mewakili Shim Jae-woon berkata kepada Sports Chosun,

Tiada air mani atau pun DNA milik Kang Ji-hwan dijumpai pada A. Bagi B pula, mereka menjumpai kesan DNA lelaki itu pada tuala wanita di seluar dalamnya. Kami rasa DNA tersebut dipindahkan semasa wanita itu menyarungkan pakaian Kang Ji-hwan dan menggunakan barangannya ketika mandi. Jikalau benar ada serangan seksual, DNA pelakon itu sudah pasti akan dijumpai pada seluar dalam mangsa dan juga tangan Kang Ji-hwan namun kesan tersebut langsung tidak dijumpai. Kang Ji-hwan yang jarang minum dalam jumlah yang banyak telah mengambil 7 botol soju dan juga champagne.

Mengenai khabar angin bahawa telefon bimbit B tidak mempunyai perkhidmatan semasa di rumah Kang Ji-hwan, kami berjaya membuktikan bahawa perkhidmatan telefon bimbit dan kekuatan fungsi Kakao Talk wanita itu adalah baik sahaja. Malah kenyataan mangsa terus berubah dan tidak konsisten selepas didedahkan tiada kesan DNA dijumpai. Kami terus melawan ketika perbicaraan pertama kerana kenyataan mangsa B yang tidak konsisten walaubagaimanapun pihak mahkamah sering menafikannya tanpa alasan kukuh.

kang jihwan dituduh lakukan gangguan seksual

Park Ji-hoon iaitu seorang pendakwaraya awam menjelaskan,

Kami mengesahkan bahawa Kang Ji-hwan tidak mabuk ketika itu menerusi Kakao Talk kerana kami tidak boleh menyemak rakaman CCTV.

Secara ringkas mengenai kes ini, Kang Ji-hwan telah diberkas oleh pihak polis pada 9 Julai tahun lalu selepas 2 staf luar yang membantunya merakam di kediamannya bertempat di wilayah Gyeonggi mendedahkan bahawa mereka telah diserang secara seksual oleh lelaki itu.

Semasa perbicaraan pertama yang berlangsung pada 5 Disember lepas, Kang Ji-hwan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun dengan tempoh percubaan selama 3 tahun. Ianya kekal sama semasa perbicaraan kedua.

Walaubagaimanapun, dengan pertemuan terbaru ini, arah perbicaraan ketiga nanti mungkin akan berubah. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...