Memang sesuai betul Kang Hoon dengan dinamik pasukan “Running Man”.
Dalam episod terbaru ini, mereka bermain pelbagai permainan bagi menyambut kedatangan Sukan Olimpik Paris 2024.
Selepas dibahagikan kepada dua pasukan, Kang Hoon dan pasukannya telah menyerang pasukan Kim Jong-kook dalam ‘Tennis Kick Drum” tanpa belas kasihan.
Kang Hoon bukan sahaja menyerang pasukan Kim Jong-kook dengan bunyi ejekan, tetapi juga menjadi kunci kemenangan dengan serangan kaki kirinya. Yoo Jaesuk berkata,
Saya ingat Lee Kwang-soo dah tiada namun ada lagi rupanya yang macam Lee Kwang-soo.
Tambah Haha,
Dia versi Lee Kwang-soo lagi teruk tapi kacak.
Dalam pada itu, episod akan datang bakal bersiaran pada 18 Ogos nanti bagi memberi laluan buat Sukan Olimpik Paris 2024.
Mesti nama Lee Kwang-soo kena petik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.