Ikuti Kami:

Kang Hoon Dilamar Terajui ‘Someday Or One Day’ Bersama Jeon Yeobin & Ahn Hyoseop

Kang Hoon Dilamar Terajui ‘Someday Or One Day’ Bersama Jeon Yeobin & Ahn Hyoseop

Penasaran betul selepas habis “The Red Sleeve” sebab rindu nak lihat Kang Hoon berlakon kan?

Berita baik buat semua kerana pelakon lelaki itu dikhabarkan bakal menyertai barisan pelakon untuk drama adaptasi Taiwan iaitu “Someday Or One Day”.

Respon agensinya,

Dia ada menerima tawaran untuk menyertai ‘Someday Or One Day’ dan sedang menelitinya kini.

kang hoon

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah wanita berusia 27 tahun iaitu Huang Yu Xuan (Alice Ke) yang mahukan Wang Quan Sheng (Greg Han), cinta hatinya. Pada satu malam, Huang Yu Xuan dilanggar sebuah kereta dan apabila tersedar, dia terlihat seorang lelaki yang seiras Wang Quan Sheng di tepi katil hospitalnya. Walaubagaimanapun, dia menyedari bahawa dia merupakan pelajar sekolah menengah bernama Chen Yan Ru dalam tahun 1998 kini dan lelaki di sisinya itu bukanlah kekasihnya namun seorang rakan di sekolah bernama Li Zi Wei.

Jika Kang Hoon menerima tawaran ini, dia akan membawa watak Mo Jun Jie yang dilakonkan oleh Patrick Shih dalam siri Taiwan itu.

Dalam pada itu, Jeon Yeo-bin dan Ahn Hyo-seop masih lagi meneliti tawaran untuk membintangi drama ini.

Agak-agaknya mereka bertiga akan bertemu tak dalam “Someday Or One Day”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...