Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan antara Kang Ha-neul bersama Jung So-min dalam sebuah filem!
Pada 24 Ogos, seorang pegawai filem melaporkan bahawa Kang Ha-neul dan Jung So-min akan terajui filem komedi romantik akan datang berjudul “30 Days”.
Kang Ha-neul telah mengesahkan kemunculannya dalam filem ’30 Days’ bersama Jung So-min, dan jangkaan yang tinggi untuk kedua-dua menunjukkan ‘chemistry’ komedi adalah luar biasa.
Untuk pengetahuan, “30 Days” adalah filem komedi romantik realistik tentang pasangan yang pernah menjalinkan cinta yang hangat, tetapi kini di ambang perceraian selepas pergaduhan yang berlaku.
Dalam filem ini, Kang Ha-neul dilaporkan akan membawa watak sebagai Jeong-yeol, seorang peguam dan Jung So-min akan berperan sebagai seorang penerbit filem yang tidak mudah mesra.
Macam best je kalau dorang bergandingan!