Siap sedia semua untuk lihat gandingan Kang Ha-neul dan Go Min-si dalam sebuah drama!
Terbaru, Kang Ha-neul, Go Min-si, Kim Shin-rok dan Yoo Soo-bin telah mengesahkan penampilan mereka dalam drama baru berjudul “Your Taste” dan telah pun memulakan penggambaran.
Untuk pengetahuan, “Your Taste” mengisahkan tentang dua protagonis dengan latar belakang dan falsafah berbeza mengenai makanan.
Dalam drama ini, Kang Ha-neul akan tampil sebagai Han Bum-woo, seorang pewaris syarikat makanan yang membuka salah satu restoran mewah terkemuka di Seoul namun, tidak peduli dengan rasanya.
Manakala Go Min-si pula adalah seorang tukang masak yang taksub dengan rasa makanan dan menjalankan sebuah restoran di sudut terpencil di kawasan luar bandar.
Selain itu, Kim Shin-rok dan Yoo Soo-bin juga akan membintangi drama ini sebagai seorang pekerja restoran dan tokoh tempatan dengan personaliti yang riang.
Sementara itu, “Your Taste” dijangka akan ditayangkan pada 2025 ini. Nantikan!