Kang Daniel akan berkolaborasi dengan kartun animasi kegemaran ramai!
Pada 23 Jun, agensi Kang Daniel KONNECT Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Paramount Global untuk menghasilkan watak Kang Daniel, serta pelbagai barangan kolaborasi dengan kartun animasi “SpongeBob SquarePants”.
Selain itu, watak baru yang didedahkan turut mencerminkan penampilan dan gaya Kang Daniel. Comel betul!
https://twitter.com/konnect_danielk/status/1539805852562882566
Seorang wakil Paramount Global berkongsi,
Saya sangat gembira untuk mengumumkan kerjasama antara SpongeBob dan Kang Daniel. Seperti SpongeBob, Kang Daniel popular di seluruh dunia dan menerima banyak cinta, jadi saya yakin kerjasama ini akan menjadi sangat popular.
Sama-sama kita nantikan projek lanjut Kang Daniel bersama “SpongeBob SquarePants”!