Ikuti Kami:

Kang Daniel Kembali Jadi MC Dalam Program Tarian Versi Lelaki ‘Street Man Fighter’

Kang Daniel Kembali Jadi MC Dalam Program Tarian Versi Lelaki ‘Street Man Fighter’

Siap sedia untuk saksikan Kang Daniel kembali menjadi pengacara di program tarian MNET “Street Man Fighter”.

Sebelum ini, Kang Daniel telah menerima pujian atas pengetahuan tariannya serta kemahirannya sebagai pengacara dalam “Street Woman Fighter”‘.

Kali ini, rancangan itu akan kembali dengan versi lelaki, menampilkan kumpulan penari seperti 1MILLION, WeDemBoyz, BANK TWO BROTHERS, PRIME KINGZ, YGX, Mbitious, dan JustJerk yang akan bersaing untuk merebut gelaran sebagai ‘penari terbaik’.

Pada 15 Julai, MNET telah mengeluarkan kenyataan mengenai penampilan Kang Daniel yang kembali sebagai MC,

Kang Daniel akan aktif sebagai MC untuk ‘Street Man Fighter’.

kang daniel mc

Kang Daniel juga turut memberi ucapan,

Adalah satu penghormatan untuk sekali lagi menyambut anda sebagai MC. Saya akan menjadi jambatan antara penonton dan penari dalam ‘Street Man Fighter’ yang lebih menarik dan dinamik. Anda boleh menantikan pertempuran yang lebih panas lagi.

Nantikan “Street Man Fighter” yang dikhabarkan akan tayang pada Ogos ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...