Ikuti Kami:

“Kami Telah Cuba Sedaya Upaya” – Jisoo LOVELYZ Luah Rasa Sedih Kepada Peminat

“Kami Telah Cuba Sedaya Upaya” – Jisoo LOVELYZ Luah Rasa Sedih Kepada Peminat

Pada 12 Oktober yang lalu, ahli kumpulan LOVELYZ, Seo Ji-soo telah melakukan siaran langsung suara di VLIVE, di mana dia berborak dengan peminatnya secara santai.

Namun, perbualan tersebut berubah menjadi sedih apabila peminat mula tanya mengenai perancangan LOVELYZ pada masa akan datang.

Ji-soo dengan berhati-hati menjawab,

Bilakah saya dapat jumpa awak…Ianya mengecewakan.

Kami telah cuba sedaya upaya yang kami boleh. Kami beritahu mereka yang kami ingin mengeluarkan album. Bukannya kami tak beritahu mereka apa yang kami nak. Kami tak pendam. Ini adalah hidup kami yang kami sedang bicarakan, dan untuk membuang masa yang banyak dalam hidup ini amatlah mengecewakan dan kami berasa kasihan pada peminat kami.

Ji-soo juga menambah,

Saya hanya ingin awak semua tahu yang kami tidak tunggu sahaja tanpa sebarang tindakan. Saya tahu awak tengah berada dalam keadaan yang sukar sekarang menunggu kami. Ianya pasti mengecewakan tetapi ini bukanlah situasi yang mana kami dapat bersuara secara terus-terang.

lovelyz kpop

Tambahan pula, Jin yang juga merupakan anggota kumpulan LOVELYZ pernah memuat naik satu gambar di Instagramnya dengan kapsyen,

Kebelakangan ini, saya lupa apakah kerjaya saya. Kalau awak tengok Instagram saya, saya seperti seorang food vlogger.

Walaubagaimanapun, entri tersebut telah dipadam oleh Jin.

Kali terakhir LOVELYZ membuat comeback adalah pada September tahun lalu dengan mini album mereka yang ke-7 iaitu ‘Unforgettable’. LOVELYZ yang debut pada tahun 2014, akan berdepan dengan pembaharuan kontrak pada bulan depan.

Semoga tabah LOVELYZ.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...