Ikuti Kami:

“Kami Tak Tahu Semua Ahli Perbaharui Kontrak Dengan JYP” – Jihyo TWICE

“Kami Tak Tahu Semua Ahli Perbaharui Kontrak Dengan JYP” – Jihyo TWICE

Bakal melakukan comeback dengan album mini ke-11 tak lama lagi, pastinya ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai TWICE.

Terbaru, dalam sebuah temubual, kumpulan itu bercerita mengenai pelbagai perkara termasuklah tentang “Between 1 & 2”.

Antara soalan yang turut ditanya ialah mengenai pembaharuan kontrak bersama JYP Entertainment baru-baru ini. Jawab Jihyo,

Kami tak sedar bahawa semua ahli memperbaharui kontrak sehingga sebelum pengumuman rasmi. Kami mahu berkongsi berita hebat dengan peminat secepat mungkin kerana merekalah sebab utama kami mahu menandatangani kontrak baru.

twice

Tambahnya,

Kami teruja ingin meneroka konsep dan gaya muzik baru apa yang boleh dibawa selain menantikan sumbangan dari sudut muzikal oleh ahli kami untuk album lain. Menjadi ahli TWICE bermaksud mempunyai rakan dan keluarga sepanjang hayat. Rasa kepunyaan itu akan sentiasa berada bersama kami.

Apabila ditanya apa sasaran yang mahu dicapai untuk 2022 ini, jawabnya,

Saya berharap agar semua ahli kekal sihat dari segi mental dan fizikal. Kesihatan kesemua 9 ahli adalah penting buat kamu, kerana kami rapat dan berhubungan seperti keluarga.

Nantikan album terbaru TWICE dengan judul lagu utama “Talk That Talk” pada petang 26 Ogos ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...