Ikuti Kami:

“Kami Tak Selalu Bersama” – Ahli RED VELVET Mahu Luang Masa Bersama Selain Kerja

“Kami Tak Selalu Bersama” – Ahli RED VELVET Mahu Luang Masa Bersama Selain Kerja

RED VELVET baru-baru ini berkongsi mengenai masa yang mereka ingin luahkan bersama.

Dalam episod terbaru rancangan hiburan RED VELVET, “Level Up”, mereka meluahkan pandangan mengenai bagaimana mereka ingin meluangkan masa dengan bercuti, makan bersama dan berkongsi rasa terpendam antara satu sama lain.

Menerusi episod terbaru tersebut, mereka semua menikmati masa bersama dengan menjamu selera. Sambil itu, mereka juga baru menyedari bahawa mereka kini menjangkau hampir 9 tahun bersama. wendyAhli RED VELVET juga menyedari jadual mereka sangat padat sejak pertama kali mereka debut. Yeri berkata,

Jadual kami sangat padat dan sukar untuk kami mencari masa bersama.

Joy menambah,

Dulu, bangun sahaja dari tidur, kami sudah ‘nampak’ jadual kami. Jadi, saya rasa kehidupan kami akan terus begitu. Namun, bila kami sudah mampu membahagikan masa sekarang, kami semua rasa lebih tenang.

wendyWendy juga berkongsi,

Kami ada 3 promosi tahun ini… 

Irene menambah,

Ya, yang itu…. dan album versi Jepun itu…

Kesian dorang semua eh… sibuk sangat sampai nak duduk sembang bersama pun tak boleh.

Tapi sekarang dah boleh kan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...