Pasti bukan senang kan untuk Go Hyun-jung berpisah dengan anak-anaknya..
Terbaru, Go Hyun-jung telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia ada bercerita tentang anak-anaknya bersama bekas suaminya, Chung Yong-jin.
Luah wanita itu,
Ramai orang tertanya-tanya jika saya tinggal bersama anak-anak saya. Kami tidak tinggal bersama dan disebabkan itu, ia terasa janggal apabila saya merasakan bahawa saya tak rapat dengan anak-anak saya. Saya berasa sangat sedih apabila perasaan seperti itu menghantui saya.
Kemudian, dia turut mengimbau kembali tentang perkahwinannya pada masa lalu,
Saya bercinta semasa penggambaran ‘Sandglass’ dan pada itu, lakonan hanya terasa seperti bekerja. Ia seolah-olah jadi penghalang untuk hubungan saya. Dalam fikiran saya, saya terus berfikir ‘Saya akan berhenti bekerja dan berkahwin’.
Untuk pengetahuan, Go Hyun-jung telah berkahwin dengan Chung Yong-jin, pengerusi Kumpulan Shinsegae pada tahun 1995 dan bercerai pada tahun 2003. Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Kuat tau Go Hyun-jung..