Pasti ramai kan yang merindui kumpulan GFRIEND?
Baru-baru ini, salah seorang bekas ahli kumpulan itu iaitu Ye-rin telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Star1, susulan kemunculan semula solonya dengan album baru.
Ketika sesi temu bual, penyanyi itu ada bercakap mengenai kemungkinan ahli GFRIEND akan bersatu semula sebagai kumpulan,
Apabila kontrak kami tamat, kami tidak menggunakan perkataan ‘bubarkan’, tetapi terdapat banyak artikel mengatakan kami bubar. Kami tidak pernah menganggapnya sebagai pembubaran.
Tambahnya lagi,
Saya tidak boleh mengatakan dengan pasti bila kami akan kembali bersatu tetapi kami pasti akan berkumpul semula.
‘Buddy’ akan sentiasa tunggu GFRIEND!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.