Pledis Entertainment telah mengumumkan bahawa fromis_9 akan melakukan kemunculan semula tak lama lagi.
Terbaru, Ha-young telah membuat kemunculan dalam satu rancangan radio dan ketika ditanya mengenai kemunculan semula mereka selepas lebih setahun, jawapan ahli fromis_9 itu telah mengejutkan peminat.
Di mana, penyanyi itu telah mendedahkan yang ahli kumpulannya itu tidak diberitahu oleh syarikat mereka bahawa fromis_9 akan melakukan kemunculan semula.
Katanya,
Sejujurnya saya tak tahu yang kami akan buat kemunculan semula Ogos ni. Kami dapat tahu pun dari peminat.
Tambahnya,
fromis_9 tak ada buat persediaan apa-apa dan kami tak bersedia langsung untuk keluarkan album baru Ogos ini.
일정공유도 안해주는거냐#플레디스_공수표남발_이젠그만
남의집가서 이런 대화하기도 그렇다#멤버방패_그만쓰고_이다혜_나와
정신차려라 플레디스야 pic.twitter.com/TcK4FefKcI— 400km/h (@400kmph) June 4, 2024
Pendedahan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat. Ramai yang mengecam perbuatan Pledis Entertainment yang dilihat seakan ingin mensabotaj kumpulan itu.
Komen peminat,
- Pledis ni dah kenapa?
- Saya rasa yang mereka akan dibubarkan tak lama lagi..
- Macam mana artis sendiri tak tahu yang mereka akan lakukan kemunculan semula?
- fromis_9 sering diabaikan oleh Pledis.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.