Ikuti Kami:

“Kami Semua Sama” – Nayeon Kongsi Semua Ahli TWICE Mahu Terus Bersama

“Kami Semua Sama” – Nayeon Kongsi Semua Ahli TWICE Mahu Terus Bersama

Lama ek tak dengar cerita pasal Na-yeon TWICE kan?

Baru-baru ini, Na-yeon menyertai satu sesi temu bual bersama Cosmopolitan Korea untuk “Zoomterview” di mana dia berkongsi mengenai perihal kehidupan peribadi dan ahli-ahli TWICE yang lain.

Na-yeon sempat berkongsi mengenai azam tahun barunya dan sama ada dia sudah berjaya mencapai azamnya pada tahun ini.

Saya tidak pandai nak membuat azam tahun baru tapi saya rasa saya telah berjaya melakukan banyak perkara tahun ini, yang sangat saya tak jangka. Tahun ini saja saya berjaya keluarkan album solo dan saya mula minat dalam masakan.

Kemudian, dia turut ditanya mengenai bagaimana TWICE masih mampu kekal bersama sehingga kini.

Satu perkara yang kita semua punya adalah kami semua mahu terus bersama hingga ke akhirnya. Kami semua mahu terus kekal jadi ahli TWICE.

Comelnya nak bestie sampai kesudah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...