Ikuti Kami:

“Kami Kahwin Terlalu Cepat..” – Suami Kim Saeron Pula Buka Mulut, Dedah Mendiang Tak Pernah Hamil Anaknya

“Kami Kahwin Terlalu Cepat..” – Suami Kim Saeron Pula Buka Mulut, Dedah Mendiang Tak Pernah Hamil Anaknya

Selepas bekas kekasih, kini, suami Kim Sae-ron pula tampil membuka suara.

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada 25 Mac, suami Kim Sae-ron mendedahkan tentang bagaimana mereka mula berkenalan dan akhirnya memutuskan untuk berkahwin. Luah lelaki itu,

Saya berjumpa Kim Sae-ron pada hujung November 2024 melalui seorang kenalan. Kerana daya tarikannya yang kuat, kami berkahwin secara sah di Amerika iaitu tempat saya tinggal, pada 12 Januari 2025 dengan hanya saksi yang hadir. Namun, kami memutuskan untuk membatalkan perkahwinan itu atas persetujuan dari kedua-dua pihak kerana kami fikir, kami berkahwin terlalu cepat tanpa pertimbangan serius, serta disebabkan masalah hubungan jarak jauh dan perbezaan personaliti.

kim saeron

Kemudian, suaminya juga dengan tegas menafikan dakwaan bahawa Kim Sae-ron telah mengandung anaknya, seperti yang diperkatakan orang ramai sebelum ini. Ulasnya,

Ia sama sekali tidak benar bahawa dia hamil. Khabar angin tentang kehamilannya datang sekitar Januari 2025 tetapi kami mula berjumpa pada pertengahan hingga akhir November 2024. Ketika itulah kami mula berjumpa dan mula serius. Selain itu, kami tidak memikirkan tentang anak jadi, Kim Sae-ron memang ambil pil perancang. Ia adalah satu bentuk penghinaan yang teruk terhadap mendiang yang mendakwa bahawa dia diugut untuk berkahwin kerana mengandung.

Tambahan, lelaki itu juga turut menutup segala khabar angin tentang isu keganasan rumah tangga dan menjelaskan bahawa mereka berkahwin atas dasar sayang dan berpisah juga atas persetujuan kedua-dua pihak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Financial News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.