Ikuti Kami:

“Kami Sangat Bahagia..” – MONSTA X Sambut Ulang Tahun Ke-7 Bersama Peminat

“Kami Sangat Bahagia..” – MONSTA X Sambut Ulang Tahun Ke-7 Bersama Peminat

Pada 14 Mei, MONSTA X telah menyambut ulang tahun ke-7 mereka bersama peminat menerusi aplikasi V LIVE.

Ketika siaran langsung, MONSTA X muncul dengan ucapan pembukaan mereka dengan sorakan penuh semangat daripada ‘Monbebes’ (nama kelab peminat MONSTA X). Kumpulan itu yang baru sahaja mengakhiri aktiviti promosi mereka untuk album “Shape of Love”, turut mengucapkan rasa terima kasih kepada peminat dan mengimbau kembali masa ketika mereka mengungguli carta dengan single “LOVE”.

Kemudian, MONSTA X mengadakan sesi ‘Saya ingin tahu tentang MONSTA X’, di mana ahli meneliti temu bual lalu, nama panggilan dan memadankan pilihan masing-masing. Mereka juga menjawab pelbagai soalan peminat dengan ikhlas.

monsta x

Bagi mengakhiri sambutan ulang tahun ke-7 kumpulan, MONSTA X sekali lagi mengucapkan penghargaan mereka pada peminat,

Ulang tahun ke-7 adalah sesuatu yang dahulunya terlalu jauh sehingga kami tidak tahu bila ia akan tiba. Tetapi kami kini benar-benar dapat merasai perasaan ulang tahun ke-7 kami. Sepanjang masa yang kami habiskan bersama ‘Monbebes’, kami tidak boleh rasa lebih bahagia daripada itu.

Tambah mereka,

Memandangkan kami sudah merasai tenaga yang diberikan oleh ‘Monbebes’ kepada kami, kami akan melakukan yang terbaik untuk ‘World Tour’ di luar negara yang akan datang.

monsta x 7th anniversary

Selamat ulang tahun yang ke-7 buat MONSTA X!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...