Ikuti Kami:

“Kami Risau..” – Kang Hanna Dedah Semua Babak Dengan Lee Joon Untuk ‘Bloody Heart’ Adalah Sukar

“Kami Risau..” – Kang Hanna Dedah Semua Babak Dengan Lee Joon Untuk ‘Bloody Heart’ Adalah Sukar

Siapa yang dah tonton drama “Bloody Heart” sehingga episod akhir?

Untuk pengetahuan, drama romantik politik ini membawa kisah Lee Tae (Lee Joon) yang perlu meninggalkan wanita dicintai untuk hidup dan Yoo Jung (Kang Han-na), seorang wanita yang perlu menjadi permaisuri untuk menyelamatkan diri.

Selepas siri itu tamat baru-baru ini dengan rating tertinggi, pelakon utama Kang Han-na telah terlibat dengan satu temu bual khas. Pada awalnya, dia ditanya tentang perasaannya selepas menamatkan “Bloody Heart”. Jawabnya,

Saya telah hidup sebagai Yoo Jung (nama watak) selama tujuh bulan sejak November tahun lepas. Saya merasakan pelbagai emosi. Saya berasa bangga kerana saya telah menyelesaikan keseluruhan penggambaran, dari awal hingga akhir, dengan tumpuan yang mendalam, dan saya hanya bersyukur kerana saya dapat menyelesaikan kerja dengan semua orang tanpa sebarang kemalangan.

bloody heart

Kemudian, Kang Han-na juga diminta berkongsi tentang pengalamannya bekerja dengan Lee Joon untuk siri bersejarah itu. Kongsinya,

Kami merakam adegan emosi yang paling sukar bersama-sama, jadi kami mempunyai kebimbangan tentang watak kami, dan terdapat banyak perkara yang kami bekerja keras bersama untuk mencapainya. Tidak ada satu adegan di mana saya boleh membuat penggambaran dengan selesa. Saya tidak selesa sehingga akhir, dan itu mengekalkan ketegangan sehingga tamat.

Sekadar info, “Bloody Heart” boleh ditonton menerusi saluran Disney+!

Sesuai kan Kang Han-na dengan Lee Joon dalam drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...