Ikuti Kami:

“Kami Rasa Tertekan” – Sakura & Yunjin LE SSERAFIM Kongsi Pengalaman Sebelum Debut

“Kami Rasa Tertekan” – Sakura & Yunjin LE SSERAFIM Kongsi Pengalaman Sebelum Debut

Bukan mudah nak jadi idola kan…

Walaupun baru sahaja debut dan masih dikategorikan sebagai rookie, namun, dua gadis ini sudah mulai merasakan tekanan untuk menjadi seorang idola.

Sakura dan Yun-jin LE SSERAFIM nyatanya pernah terdetik untuk berhenti daripada meneruskan karier ini dek kerana, kritikan kasar dan kata-kata yang mengecilkan hati. Namun, mereka masih kekal dalam industri demi mengejar impian masing-masing.

Sakura merupakan antara ahli yang paling banyak mempunyai pengalaman. Dia sebelum ini debut menerusi program HKT48 pada 2011 dan juga pernah tersenarai dalam debut finalis bagi program Mnet, Produce 48 yang mana dia pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan IZ*ONE. Namun, semua pengalaman itu nyatanya belum cukup. sakuraSakura berkata,

Ramai cakap saya seorang penyanyi yang teruk.

Bila kritikan itu kian meningkat, Sakura mula hilang keyakinan dalam diri, sehinggakan dia tak punya banyak ‘line’ dalam lagu.

Apabila saya mula mengetahui hal ini, saya sangat kecewa. Jadi, ianya agak sukar untuk saya masuk ke studio rakaman. Tapi, saya masih mahu kerja keras. 

Bagi Yun-jin pula, dia turut menghadapi kesukaran yang sama, namun lebih teruk lagi apabila dia langsung berpeluang untuk debut. Ada kalanya, dia merasakan peluang untuk debut semakin menghampiri apabila dia kerap dipuji.

Pada mulanya, saya dah mula rasakan peluang itu sudah makin hampir, namun akhirnya pujian itu hanya kekal sebagai pujian. “Dia kerja keras namun masih ada kurangnya.”

yunjinYun-jin menambah,

Saya sudah lama menjadi trainee dengan harapan untuk debut, namun saya terperangkap dalam sesuatu benda yang tak pasti. 

Namun, Yun-jin masih meneruskan usahanya untuk debut, sehinggakan dia ke Korea Selatan untuk menerima tawaran daripada HYBE.

Memandangkan saya terlepas peluang terakhir saya, saya betul-betul ingin buat yang terbaik kali ini bersama LE SSERAFIM. Saya bawa tekanan itu bersama saya.

sakuraWalaupun menghadapi kesukaran sebegitu, namun kedua-duanya masih debut bersama LE SSEARFIM tanpa menunjukkan sebarang penyesalan.

Pada waktu itu, saya rasa seronok sekali. Saya rasa macam saya di antara mimpi dan realiti. Saya lah idola yang paling gembira. Menjadi idola memberi kebahagiaan buat saya. 

yunjinYun-jin menambah,

Tidak kira apa sekalipun, saya rasa penggerak kehidupan saya adalah, pentas, menari dan menyanyi. Saya pasti boleh capai impian saya menerusi LE SSERAFIM. 

Semoga terus berjaya Sakura dan Yun-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...