Umum mengetahui bahawa Haha dan Yoo Jae-suk memiliki hubungan yang sangat rapat memandangkan mereka berkenalan sejak dari program “X-Men” lagi.
BACA: “Saya Ada Masalah Keluarga..” – Haha Luah Sebab Kuat Minum Alkohol”
Dalam episod terbaru “Mini Pinggyego” yang disertai Jo Se-ho dan Joo Woo-jae, mereka berbincang lebih mengenai Haha yang semakin kerap melakukan siaran langsung kini.
Kongsi Yoo Jae-suk, Haha secara tiba-tiba menghubunginya beberapa hari lalu danberkata bahawa dia sudah mengalahkan siaran langsung Lee Mal-nyeon. Namun pengacara itu tidak memahami apa yang dimenanginya.
Tanya Joo Woo-jae,
Apa yang dikalahkan?
Balas Yoo Jae-suk stres,
Itulah dia.. walaupun saya rapat dengan dia tapi dia makin pelik sekarang.
Dalam pada itu, Jo Se-ho dan Joo Woo-jae turut menceritakan pengalaman mereka mengadakan siaran langsung di platform masing-masing.
Aduh Haha dan Yoo Jae-suk!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉