Ikuti Kami:

“Kami Pun Malu..” – Pernah Digosip Bercinta Dengan Lee Minho, Yeonwoo Akui Terkejut

“Kami Pun Malu..” – Pernah Digosip Bercinta Dengan Lee Minho, Yeonwoo Akui Terkejut

Tiada angin tiada ribut, Yeonwoo bekas ahli MOMOLAND tiba-tiba terpalit gosip bercinta dengan pelakon Lee Min-ho.

Bagi yang belum tahu, pada Ogos 2021, Yeonwoo telah digosip bercinta dengan Lee Min-ho selepas gambar mereka keluar bersama telah tersebar. Bagaimanapun, agensi bagi kedua-dua selebriti itu terus menafikannya.

Terbaru, Yeonwoo telah terlibat dengan temu bual susulan tamatnya drama “The Golden Spoon”, di mana dia berkongsi pendapatnya mengenai khabar angin berkenaan.

yeonwoo

Dia menjelaskan sambil tersenyum,

Terdapat salah faham. Saya sangat terkejut kerana ini adalah kali pertama saya mengalami sesuatu yang begitu besar dalam hidup saya. Seperti yang saya katakan dalam artikel pada mulanya, khabar angin itu tidak benar dan kami malu. Kepala saya sakit sangat pagi itu.

Untuk pengetahuan, khabar angin hubungan romantik Yeonwoo dan Lee Min-ho mula timbul apabila mereka sedang bermain permainan, bersama dengan rakan yang lain.

Betul mengejut ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...