Ikuti Kami:

“Kami Pergi Selepas..” – Gong Hyojin Kongsi Akan Pindah Tinggal Di Amerika Syarikat Bersama Suami

“Kami Pergi Selepas..” – Gong Hyojin Kongsi Akan Pindah Tinggal Di Amerika Syarikat Bersama Suami

Gong Hyo-jin dan suami nampaknya telah memutuskan untuk pindah dari Korea Selatan.

Terbaru dalam video soal jawab yang dimuat naik di saluran YouTube peribadinya, Gong Hyo-jin berkongsi rancangan percutiannya pada tahun ini. Katanya,

Saya merancang untuk melawat Belgium, Jerman, Amsterdam dan kemudian ke New York. Apabila tiba di Amerika Syarikat, saya akan mula bersedia untuk tinggal di sana.

Apabila seorang staf bertanya sama ada itu bermakna dia dan suaminya, Kevin Oh, akan pindah ke sana, wanita itu mengesahkan,

Ya, kami akan pergi sejurus selepas dia keluar dari tentera.

Untuk pengetahuan, Gong Hyo-jin dan Kevin Oh telah berkahwin pada Oktober 2022. Kemudian pada Disember 2023, lelaki itu memulakan perkhidmatan wajibnya di tentera dan akan selesai pada Jun 2025 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Maeil Kyungjae

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...