Ikuti Kami:

“Kami Pegang Tangan..” – Jatuh Cinta Pandang Pertama, Lee Sangyeob Kongsi Cara Mengorat Isteri

“Kami Pegang Tangan..” – Jatuh Cinta Pandang Pertama, Lee Sangyeob Kongsi Cara Mengorat Isteri

Seronoknya tengok Lee Sang-yeob dah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya pada bulan lalu.

Baru-baru ini, Lee Sang-yeob telah muncul sebagai tetamu dalam program “Dolsing Fourmen”, di mana lelaki itu ada berkongsi bagaimana mulanya kisah percintaan bersama isterinya, Eun-bin.

Pada awalnya, pelakon “My Lovely Boxer” itu berkongsi bahawa dia bertemu dengan isterinya melalui kenalan dan dia seperti jatuh cinta pandang pertama, seolah-olah ia adalah takdir.

Lee Sang-yeob bercerita,

Kali kedua kami berjumpa adalah ketika sedang makan pada 24 Disember, untuk sambutan Krismas. Selepas jumpa kali pertama, saya akan terus berhubung dengannya. Saya akan menunjukkan hari saya kepadanya. Contohnya, kawan-kawan saya.

lee sangyeob

Sambungnya lagi,

Semasa kami berborak, saya mengambil gambar makanan dan berkata seperti ‘Awak dah cuba ini? Saya sangat suka makanan sebegini’. Jika awak buat macam tu, hatinya akan terbuka. Semasa pertemuan pertama kami, kami sudah berasa selesa pada satu sama lain jadi saya tanya dia ‘Apa yang awak lakukan pada 24 Disember?’. Selepas itu, kami berjumpa dan berpegangan tangan.

Alolo! Mungkin korang pun boleh cuba cara nak mengorat macam Lee Sang-yeob ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...