Sukanya tengok keserasian Suzy bersama Park Bo-gum!
Baru-baru ini, Suzy telah terlibat dalam satu temu bual khas, susulan tayangan filemnya “Wonderland”. Dalam filem itu, Suzy akan bergandingan dengan Park Bo-gum, menarik perhatian dengan keserasian mantap mereka.
Ketika sesi temu bual, wanita itu berkongsi pengalamannya ketika melakukan penggambaran bersama Park Bo-gum,
Semasa penggambaran, kami sangat seronok bersama sehinggakan kakitangan memberi komen tentang hubungan kami yang baik.
Sambung Suzy lagi,
Sewaktu memainkan watak Jeong-in dan Tae-joo ketika mereka sedang bahagia, kami harus menyampaikan keintiman mereka. Jadi kami berhenti bercakap formal dan main-main mengusik antara satu sama lain yang menjadikan kami lebih rapat secara semula jadi. Walaupun rakaman belum bermula, kami tetap seronok bersama dan menari.
Memang serasi sangat dorang!