Sebelum jadi pelakon, mesti ramai yang kenal Lee Jun-ho dan Yoon-A sebagai ahli 2PM dan GIRLS’ GENERATION kan?
Terbaru pada 29 Julai, Forbes telah mengeluarkan sesi temu bual mereka bersama penyanyi dan pelakon Lee Jun-ho, yang sedang terajui “King the Land” kini.
Ketika sesi temu bual, lelaki itu ada bercakap mengenai keserasiannya bersama Yoon-A dalam drama itu dan persahabatan lama mereka. Jelas Jun-ho,
Kami telah mengenali antara satu sama lain selama lebih 15 tahun sebagai penyanyi dan pelakon, sebelum kami jadi pengacara di MBC Gayo Daejejeon bersama-sama lagi.
Sambungnya lagi,
Memang benar kami bergaul mesra kerana kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak kami masih muda tetapi, jika saya jumpa seseorang pada ketika ini, saya masih boleh menjadi kawan dan rakan sekerja yang baik kepada sesiapa, di mana-mana sahaja.
Namun, Jun-ho akui bahawa perasaannya berbeza apabila bekerja sebagai pelakon bersama Yoon-A,
Kami berdua mempunyai pengalaman sebagai penyanyi jadi, kami berasa selesa antara satu sama lain sebagai rakan sekerja. Namun, ada perasaan berbeza apabila kami bekerjasama sebagai pelakon di set.
Apa-apa pun, keserasian mereka memang mantap kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.