Ikuti Kami:

“Kami Masih Dalam Hala Tuju Sama” – RM Mahu Terus ‘Lindungi’ BTS

“Kami Masih Dalam Hala Tuju Sama” – RM Mahu Terus ‘Lindungi’ BTS

RM BTS menyambut ulang tahun kelahirannya kan? Saengil chukka hamnida RM!

RM mengadakan satu sesi live dek kerana ingin meraikan ulang tahunnya bersama peminat menerusi platform Weverse. Dalam sesi live tersebut, RM juga sempat berbual mengenai krisis yang dihadapi dan keinginan untuk melindungi kumpulannya.

Pada permulaan sesi live tersebut, RM terlebih dahulu meniup lilin pada kek hari jadinya dan mula berkongsi bersama peminat mengenai aktivtinya dalam masa terdekat ini. btsRM juga sempat mengakui bahawa dia mempunyai rasa tidak pasti mengenai kumpulannya dan turut meluahkan keinginannya untuk terus menjaga BTS. Dia juga berkongsi bahawa,

Saya bersama ahli lain juga pernah berbual bersama mengenai langkah seterusnya untuk BTS dan ada kalanya kami juga keliru dengan apa yang perlu kami pertahankan. 

RM terus menjelaskan mengenai krisis yang mereka hadapi yang turut datang bukan sahaja dari luaran, malah turut secara dalaman. Dia menambah,

Namun saya pasti kami semua mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain. Kami malah ingin membuat tatu persahabatan walaupun sebelum ini saya tak pernah inginkannya.

https://www.youtube.com/watch?v=9s6Uvh_cpdA

Dalam pada itu, RM berkata,

Saya rasa setakat ini kami semua masih dalam hala tuju yang sama, di mana kami semua masih mahu kekal bersama dan terus berkerja bersama-sama. Hubungan kami antara satu sama lain, makin membaik hari demi hari.

Leader yang hebat ni…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...