Ikuti Kami:

“Kami Main Bola Sepak Bersama” – Park Seojoon Ulas Hubungan Rapat Dengan Son Heungmin

“Kami Main Bola Sepak Bersama” – Park Seojoon Ulas Hubungan Rapat Dengan Son Heungmin

Kali pertama membawa watak yang sedikit berlainan dari sebelum ini, pasti ramai teruja ingin tonton lakonan Park Seo-joon dalam filem “Dream”, kan?

Terbaru, Park Seo-joon dan IU telah menghadiri sidang akhbar, menjelang tayangan perdana filem “Dream” pada 26 April nanti.

Bagi yang belum tahu, “Dream” membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Untuk pengetahuan, Park Seo-joon merupakan sahabat rapat kepada pemain bola sepak Korea Selatan Son Heung-min. Ketika pelakon lelaki itu ditanya sama ada dia merujuk kepada Son Heung-min untuk membawa watak Hong-dae, seorang jurulatih dan pemain bola sepak, Park Seo-joon menjawab,

Walaupun saya membawa watak sebagai pemain bola, saya bukan di peringkat untuk mendapatkan nasihat dari pemain bola kebangsaan namun saya juga tak begitu arif. Jadi, saya bekerja keras dengan pelatih yang disediakan oleh produksi filem.

park seojoon

Kemudian, pelakon “Itaewon Class” itu turut berkongsi bahawa dia pernah bermain bola sepak bersama-sama Son Heung-min,

Saya bermain bola sepak dengan Son Heung-min kadang-kadang apabila dia mempunyai masa lapang dan ini sebenarnya telah banyak membantu saya membawa watak sebagai Hong-dae. Dia juga berkata bahawa dia tidak sabar untuk menonton filem itu.

Dalam pada itu, “Dream” bakal ditayangkan pada 26 April ini. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...