Ikuti Kami:

“Kami Jarang Bercakap..” – Meski Dah 17 Tahun Dalam SNSD, Hyoyeon Akui Masih Rasa Janggal Dengan Taeyeon

“Kami Jarang Bercakap..” – Meski Dah 17 Tahun Dalam SNSD, Hyoyeon Akui Masih Rasa Janggal Dengan Taeyeon

Meskipun dah lama bekerja bersama dalam satu kumpulan, Tae-yeon dan Hyo-yeon nampaknya masih ada rasa janggal pada satu sama lain.

Baru-baru ini, Tae-yeon telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube peribadi Hyo-yeon, di mana dua idola itu ada berborak tentang pelbagai perkara.

Dalam siaran itu, Hyo-yeon turut berkongsi bahawa ahli Girls’ Generation yang dia masih rasa janggal bersama adalah Tae-yeon. Dia menjelaskan sebabnya,

Bila ditanya ada ahli yang saya rasa janggal untuk bersama dengannya sekarang, saya teringat Tae-yeon. Bukan kerana dia yang janggal tapi kerana kami kurang bercakap.

Respon Tae-yeon,

Saya tak rasa janggal langsung. Kenapa awak rasa janggal?

hyoyeon taeyeon

Jawab Hyo-yeon,

Seperti yang saya nyatakan tadi, personaliti kami agak berbeza, Tae-yeon suka tinggal di rumah dan saya pula suka keluar rumah. Hobi Tae-yeon seperti mewarna dan seni kuku manakala saya pula suka keluar. Walaupun sibuk, saya masih suka berseronok dan melancong ke luar negara.

Siapa yang minat Tae-yeon memang tau dia suka duduk rumah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.