Kemelut terus berpanjangan, sepertinya UZurocks berterusan memungkiri janji mereka untuk melangsaikan bayaran buat pelakon Song Ji-hyo dan staf lain.
BACA: “Saya Terbeban Lihat Jihyo, Somin & Mijoo Suka Tayang Perut Sekarang” – Yoo Jaesuk
Terbaru, pelakon itu dan bekas staf agensi berkenaan menfailkan aduan ke atas bekas CEO Mr. A pada Kementerian Pekerjaan dan Buruh atas sebab penyelewengan dan penangguhan bayaran. Segelintir staf sudah pun menyelesaikan siasatan mereka manakala yang lain sedang menanti panggilan dari kementerian.
Seramai 70 staf termasuklah syarikat sumber luar tidak dibayar gaji dek kesilapan Mr A menguruskan perbelanjaan besar termasuklah mempromosikan dan menghasilkan projek. Berdasarkan ini, dikatakan bayaran mereka tidak diberikan sejak Februari lalu.
Dalam pada itu, Song Ji-hyo dikatakan dengan sukarela membayar perbelanjaan segelintir staf yang terpalit dek isu ini walauun dia sendiri belum dibayar sebanyak 900 juta won. Dia juga membayar perbelanjaan di lokasi penggambaran secara sendiri supaya pengurusnya tidak dilabel dengan kredit buruk.
Respon Uzurocks selepas kenytaan ini,
Kami berjanji ingin membayar bayaran yang tertangguh pada 10 Jun, namun kami memohon maaf kerana tidak mampu melunaskan janji itu. Kami berjanji akan menyusun semuanya pada penghujung hari ini.
Main tangguh-tangguh pulak..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉