Dalam episod terbaru ‘DdeunDdeun’, Yoo Jae-suk mengenang perjalanan 16 tahun “Running Man”.
Dia berkongsi kepada Ji Ye-eun, seorang “anak Running Man” yang membesar menonton rancangan itu dengan berkata,
Semasa ‘Running Man’ bermula, baik kami mahupun pihak produksi tidak menyangka ia akan bertahan selama ini. Selama tujuh hingga lapan bulan, kami berada di tempat terakhir dalam slot siaran.
Haha pula berkongsi,
PD masa tu minta kami bersedia secara mental, katanya dia akan cuba panjangkan rancangan ni dua bulan lagi.
Yoo Jae-suk menyambung,
PD cadangkan, sebagai usaha terakhir, kami cari penajaan untuk rakaman di luar negara bagi tingkatkan semangat rancangan.
Mereka mengakui ketika itu semuanya terasa seperti episod penutup. Namun, Haha mendedahkan titik perubahan rancangan, bermula di lapangan terbang di Thailand,
Kami ingatkan ada idola datang sebab orang ramai sangat. Tapi semua orang pegang papan tanda nama kami, dan sorakan tu sangat kuat sampai kami tak dengar sesama sendiri.
Yoo Jae-suk berkata,
Ia sesuatu yang langsung tak kami jangka. Rasa macam mimpi. Bila episod tu disiarkan, ramai rakyat Korea terkejut.
Haha menambah,
Kemudian kami mula dapat peminat dari kalangan budak sekolah rendah, dan permainan cabut tag nama jadi satu trend.
Apa yang bermula sebagai rancangan yang hampir dibatalkan, akhirnya menjadi fenomena global hasil usaha tulus, kerjasama padu, dan kasih sayang dari peminat di seluruh dunia.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.