Ikuti Kami:

“Kami Buka Ruang Bagi Cari Pengganti Jeon Somin” – Pihak Produksi ‘Running Man’

“Kami Buka Ruang Bagi Cari Pengganti Jeon Somin” – Pihak Produksi ‘Running Man’

Bukan mudah apabila ada ahli kegemaran kita membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari mana-mana rancangan hiburan.

Menurut pengumuman rasmi agensi Jeon So-min kelmarin, wanita itu memutuskan untuk menarik diri dari “Running Man” selepas 6 tahun berlari bersama kerana dikhabarkan mahu berehat seketika bagi mengumpul tenaga sebelum kembali aktif dalam dunia seni, terutamanya dalam bidang lakonan.

Disebabkan oleh itu, peminat setia rancangan berkenaan telah mengutarakan pelbagai persoalan mengenai masa depan “Running Man” kini selepas ahli utamanya seperti Gary, Lee Kwang-soo dan Jeon So-min meninggalkan mereka.

running man

Ulas pihak produksi “Running Man” sekiranya mereka akan mencari pengganti,

Kami tidak menentukan apa-apa lagi mengenai pengganti. Buat masa ini, kami merancang untuk menjalani rakaman dengan 6 ahli iaitu Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan. Pihak produksi juga membuka ruang yang mendalam untuk mencari pengganti baru.

Untuk pengetahuan, Jeon So-min akan menjalani rakaman terakhir “Running Man” pada 30 Oktober ini.

Korang agak-agak siapa yang boleh ganti..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...