Ikuti Kami:

“Kami Buat Perjanjian..” – Kim Soyeon Akui Cemburu Tonton Babak Intim Suami, Lee Sangwoo

“Kami Buat Perjanjian..” – Kim Soyeon Akui Cemburu Tonton Babak Intim Suami, Lee Sangwoo

Pejam celik pejam celik, sudah 7 tahun sejak Kim So-yeon dan Lee Sang-woo berkahwin.

Baru-baru ini, Kim So-yeon telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Shin Dong-yup, bagi mempromosikan drama terbarunya “A Virtuous Business”.

Semasa berborak, wanita itu turut mengaku bahawa pada awalnya dia cemburu ketika menonton adegan ciuman Lee Sang-woo iaitu suaminya, ketika berlakon. Luahnya,

Matanya kelihatan begitu hangat dan penyayang, itu membuatkan saya cemburu. Dia cakap dengan saya ‘Ini kerja je, kenapa awak rasa begitu?’. Kemudian bila saya pula ada adegan ciuman dalam ‘Penthouse’, dia berkata ‘Sekarang saya faham perasaan awak’.

Selain itu, Kim So-yeon turut berkongsi bahawa dia dan Lee Sang-woo ada membuat perjanjian,

Kami bersetuju untuk bercakap mengenai adegan tersebut jika ada. Bila babak itu muncul, dia berkata ‘Awak perlu pergi ke bilik sekarang’, dan dia asyik berjalan ke sana ke mari.

Mengenai reaksinya ketika menonton babak intim sengit suaminya dalam “Red Balloon”, pelakon wanita itu berkata,

Saya rasa dia sangat kacak. Saya tak rasa cemburu pada ketika itu sebab dia nampak sangat menawan. Saya kagum dengan cara dia mengekalkan fizikalnya pada usianya.

Nak buat macam mana, itu kan kerja diorang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...