Utama Celebrity News “Kami Berjanji” – 3 Bulan Tertunda, Song Jihyo Minta Agensi Bayar Gaji...

“Kami Berjanji” – 3 Bulan Tertunda, Song Jihyo Minta Agensi Bayar Gaji Pekerja Dahulu Sebelumnya

song jihyo

Ada tak sesiapa yang boleh melawan ketabahan Song Ji-hyo bagi menegakkan keadilan melawan bekas agensinya, Uzurocks Entertainment.

Selepas 3 bulan tertunda, agensi itu katanya sudah mencapai kata sepakat untuk membayar baki bayaran buat pelakon itu dalam masa 20 hari lagi.

Kami berjaya menarik pelaburan 30 bilion won dari syarikat kewangan US. Agak memakan masa sebelum kami benar-benar mendapat pelaburan itu dan menggunakannya. Apa pun, kami sudah berjaya mendapatkan perjanjian itu selain mencapai persetujuan dengan wakil guaman Song Ji-hyo untuk membayar secepat mungkin selepas jadual berkaitan dilengkapkan.

song jihyo

Sebahagian dari perjanjian bersama Song Ji-hyo, mereka berjanji akan mendahulukan bayaran buat staf, rakan kongsi dan artis.

Kami tak boleh menggunakan dana ini sewenang-wenangnya.

Terdahulu, Song Ji-hyo telah menandatangani kontrak eksklusif bersama Uzurocks pada Oktober lalu dan menfailkan untuk menamatkan perjanjian berkenaan pada April lalu atas konflik pembayaran pengiklanan. Bukan itu sahaja, CEO agensi berkenaan turut didakwa menyeleweng duit syarikat bagi kepentingan sendiri.

Harap Song Ji-hyo baik-baik sahaja.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBEROSEN
Loading...