Ikuti Kami:

“Kami Berdua Je Di Dunia..” – Pengarah Puas Hati, Park Seojoon Ulas Adegan Ciuman Bersama Han Sohee

“Kami Berdua Je Di Dunia..” – Pengarah Puas Hati, Park Seojoon Ulas Adegan Ciuman Bersama Han Sohee

Meskipun bukan drama romantik, Park Seo-joon dan Han So-hee tidak dinafikan mempunyai keserasian mantap dalam “Gyeongseong Creature 2”.

Untuk musim kedua kali ini, Yoon Chae-ok (Han So-hee) kembali bertemu Jang Ho-jae (Park Seo-joon), untuk membongkar hubungan, nasib dan konflik yang belum selesai di Gyeongseong.

Dalam satu temu bual, Park Seo-joon ada bercakap tentang babak ciumannya bersama Han So-hee dalam drama tersebut. Luah lelaki itu,

Adegan ini dirakam hanya dengan sekali ambil sahaja. Tiada ramai orang di kawasan tersebut pada ketika itu jadi, ia rasa seperti kami berdua sahaja tinggal di dunia.

gyeongseong creature 2

Selain itu, pengarah juga akui bahawa dia berpuas hati dengan hasil adegan itu dengan berkata,

Saya amat gembira dengan hasil babak itu, daripada Chae-ok melemparkan kotnya dan mereka berdua berpelukan. Secara peribadi, ia ternyata menjadi salah satu adegan kegemaran saya.

Sementara itu, “Gyeongseong Creature 2” telah berjaya tersenarai dalam  Top 10 Rancangan TV di Netflix di lebih 70 negara, membuktikan popularitinya di serata dunia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...