Ikuti Kami:

Kali Pertama Pegang Watak Utama, Cho Yihyun Ulas Tentang Dramanya ‘School 2021’

Kali Pertama Pegang Watak Utama, Cho Yihyun Ulas Tentang Dramanya ‘School 2021’

Cho Yi-hyun baru-baru ini terlibat dengan satu temu bual, untuk membincangkan tentang dramanya “School 2021”!

“School 2021” ialah siri kelapan drama bersiri KBS “School” yang popular, mengisahkan tentang pelajar sekolah menengah yang bergelut dengan masa depan yang tidak menentu. Mereka akhirnya memilih untuk mengejar impian mereka, dan bukannya hanya bersedia untuk peperiksaan kemasukan kolej semata-mata. Drama ini mengikuti kisah percintaan remaja antara Gong Ki-joon (Kim Yo-han WEi) dan Jin Ji-won (Cho Yi-hyun). Selesai penggambaran untuk drama tersebut, Cho Yi-hyun mengulas,

Saya tidak pasti sama ada saya telah melakukannya dengan baik, tetapi saya bekerja keras untuk memastikan bahawa saya tidak akan menyesal. Ia adalah satu penghormatan besar untuk menjadi sebahagian daripada drama ini.

cho yihyun school 2021

Kali pertama memegang watak utama dalam drama “School 2021”, Cho Yi-hyun turut berkongsi pengalamannya,

Ia adalah kali pertama saya memainkan watak utama. Ia kadang-kadang sukar kerana terdapat banyak baris dan adegan untuk difilemkan, tetapi saya bersyukur kerana dapat mengalami pengalaman itu. Saya telah melakukan yang terbaik untuk menganalisis watak itu, dan saya menjadi lebih bertanggungjawab.

Dia secara berjenaka menambah,

Pada masa lalu, saya perlu membelek beberapa halaman skrip untuk mencari baris saya, tetapi kerana saya adalah watak utama kali ini, saya tidak perlu berbuat demikian.

Apabila ditanya sama ada terdapat tekanan daripada penggambaran “School 2021”, Cho Yi-hyun menjawab,

Tiada tekanan. Saya tidak terlalu fokus untuk bimbang sama ada drama itu akan berjaya atau tidak. Saya hanya mahu memastikan bahawa saya tidak akan menyusahkan orang lain.

cho yihyun

Sementara itu, Cho Yi-hyun juga akan membintangi drama siri Netflix “All Of Us Are Dead”, sebagai Choi Nam-ra, akan datang 28 Januari ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...