Ikuti Kami:

Kali Pertama Di Malaysia, Kim Sejeong “Senyum Lebar” Lihat Ragam Peminat. Fan Service On Top!

Kali Pertama Di Malaysia, Kim Sejeong “Senyum Lebar” Lihat Ragam Peminat. Fan Service On Top!

Siapa je tak kenal dengan Kim Sejeong? 

Seorang idol yang bermula daripada reality show Produce 101 dan kini menjadi aktris untuk K-Drama popular seperti Business Proposal, The Uncanny Counter, School 2017 dan macam-macam lagilah!  

Buat pertamanya, Kim Sejeong hadir ke Malaysia untuk bertemu peminatnya yang dikenali sebagai Sesang.

“Daebak” perkataan yang sesuai bagi menggambarkan Konsert Tour Kim Sejeong yang berlangsung semalam di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

“Daebak” buat persembahan Sejeong dan juga “Daebak” untuk peminat yang tidak berhenti memberi sokongan dengan jeritan yang menghangatkan suasana konsert. 

Puas & Meriah Sepanjang Konsert 

Konsert Tour Kim Sejeong yang berlangsung hampir 2 jam setengah ini  tidak terasa lama apabila dipenuhi dengan persembahan yang mengujakan oleh Sejeong. 

Kim Sejeong, Sejeong, konsert, Sesang

Hampir 15 lagu disajikan buat peminatnya yang berbilang bangsa dan juga generasi. Tidak kira usia muda mahupun tua tetap memberi sokongan buat penyanyi berbakat ini. Lagu dari album terbarunya Door, OST dan cover turut dipersembahkan. 

Jarang untuk melihat fanboy di kalangan artis kpop wanita, namun tidak bagi Kim Sejeong. Megastar Arena dipenuhi dengan jeritan daripada peminat terutamanya fanboy Sejeong yang menambahkan kemeriahan konsert sepanjang berlangsung. 

Kim Sejeong, Sejeong, konsert, Sesang

Ditambah lagi dengan kejutan dari Sesang, yang menyediakan kapal terbang kertas untuk dilemparkan semasa lagu “In The Rain” berjaya membuatkan Sejeong mengukir senyuman.

Kim Sejeong, Sejeong, konsert, Sesang

Bukan semasa konsert sahaja meriah, malah sebelum bermula sudah meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan sendiri oleh Sesang Malaysia. Aktiviti seperti cafe event, photobooth serta letter drop yang akan diberikan pada Kim Sejeong turut disediakan. Sesang memang terbaiklah! 

Fan Service Sejeong 200%!

Order saja, pasti dapat! 

Itulah yang diberikan oleh Kim Sejeong buat Sesang Malaysia. Minta saja pelbagai gaya pose, menyanyi lagu ost dan popular, malah disuruh berlakon turut dilakukan olehnya.  

Kim Sejeong, Sejeong, konsert, Sesang

Siapa dekat sini ingat scene aegyo Sejeong di drama School 2017?

Walaupun malu, tapi demi Sesang, idol ini tetap melakukan dengan jayanya. Memang cair habislah! 

Momen mengejutkan apabila artis versatil ini sanggup turun dari pentas dan berpusing seluruh arena bagi mendekati Sesang. Ini memberikan kepuasan serta kenangan yang indah buat Sesang Malaysia.

Kim Sejeong, Sejeong, konsert, Sesang

Fanservice yang diberi tidak berhenti disitu, malah Sesang turut berpeluang untuk sesi Hi-Bye bersama Kim Sejeong sebelum keluar dari Arena.

Kim Sejeong, Sejeong, konsert, Sesang

Idol dan juga pelakon cantik ini sedang giat menjalankan aktiviti konsert tour di Asia yang melibatkan 9 buah negara termasuk Malaysia.

Semoga berjaya untuk konsert seterusnya Sejeong ah~

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...