Ikuti Kami:

Kali Pertama Buat Filem Korea, #ALIVE Raih Tempat Pertama Carta Global Netflix & Trending No 1 Di 35 Negara

Kali Pertama Buat Filem Korea, #ALIVE Raih Tempat Pertama Carta Global Netflix & Trending No 1 Di 35 Negara

Nampaknya #ALIVE semakin mengganas setelah dilancarkan secara rasmi menerusi laman penstriman Netflix bermula 8 September lepas!

“#ALIVE” ialah sebuah kisah survival thriller di mana Seoul tiba-tiba dilanda wabak penyakit misteri yang menyebabkan sesiapa dijangkiti akan menyerang orang lain. Semakin penyakit itu menular, semakin ramai yang terperangkap di dalam rumah masing-masing tanpa akses internet, aplikasi mesej dan panggilan telefon. Joon-woo (Yoo Ah-in) dan Yoo-bin (Park Shin-hye) merupakan antara yang terselamat daripada serangan tersebut namun kini terperangkap dalam bandar berbahaya itu.

netflix #ALIVE

Bayangkan selepas 2 hari ditayangkan menerusi Netflix, “#ALIVE” terus melompat ke tangga pertama carta global Netflix untuk kategori filem. Malah ini adalah kali pertama filem daripada Korea berjaya mencapai rekod membanggakan ini.

Menerusi daripada data yang dikumpulkan, filem zombi yang dibintangi oleh Yoo Ah-in dan Park Shin-hye ini berjaya menduduki tempat pertama di ranking Netflix bagi 35 negara. Antaranya ialah Taiwan, Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi dan banyak lagi.

#alive tangga pertama carta global netflix

Kepada yang belum menonton, anda boleh baca review #ALIVE sebelum membuat keputusan untuk menontonnya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...