Ikuti Kami:

Kali Pertama Berlakon Di Saluran Awam, ‘Now, We Are Breaking Up’ Rilis Foto Sehun EXO

Kali Pertama Berlakon Di Saluran Awam, ‘Now, We Are Breaking Up’ Rilis Foto Sehun EXO

Biasa berlakon drama web seperti “Dokgo Rewind” dan “EXO Next Door”, ramai yang tak sabar menantikan kemunculan pertama Sehun EXO dalam drama pertamanya di saluran awam Korea.

“Now We Are Breaking Up” menceritakan kisah Ha Young-eun iaitu seorang pengurus bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Wanita ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

sehun exo

Diterajui oleh Song Hye-kyo dan Jang Ki-yong, Sehun EXO bakal membawa watak sampingan bernama Hwang Chi-hyung iaitu seorang ahli baru dalam pasukan yang diketuai Ha Young-eun. Nampak sahaja biasa namun lelaki itu sebenarnya merupakan anak bongsu kepada pemilik syarikat berkenaan iaitu ‘The One’.

Kata pihak produksi, watak Hwang Chi-hyung mempunyai persona yang tidak mampu ditahan malah pastinya akan merebut hati penonton dek kecomelannya.

Saksikan episod pertama pada 12 November nanti di SBS okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...