Nampaknya, Jang Hyuk dan Na-ra akan bergandingan buat kali keempat dalam drama baru!

Terbaru pada 8 Februari, tvN mengumumkan bahawa Jang Hyuk, Jang Na-ra, Chae Jung-an dan Kim Nam-hee akan muncul dalam drama baru berjudul “Family”, diarahkan oleh pengarah Jang Jeong-do dan Lee Jung-mook.
Untuk pengetahuan, “Family” ialah drama komedi thriller yang mendebarkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, yang mengimpikan keluarga yang sempurna.
Menarik perhatian, ini adalah kerjasama keempat Jang Hyuk dan Jang Na-ra dalam sebuah projek selepas drama “Successful Story of a Bright Girl”, “You Are My Destiny” dan filem “Old Goodbye”.
Khususnya dalam “Family”, Jang Hyuk akan memegang watak sebagai Kwon Do-hoon, seorang ejen Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS), yang menyamar sebagai pekerja sebuah syarikat perdagangan dan berkahwin dengan Kang Yoo-ra.
Kang Yoo-ra akan dilakonkan oleh Jang Na-ra, yang bermimpi untuk mewujudkan keluarga yang sempurna sepanjang hidupnya dan merupakan pembantu rumah di peringkat tertinggi. Dia seorang yang cuba melindungi keluarganya dan menyembunyikan rahsia di sebalik penampilan cantiknya.
Dalam pada itu, “Family” telah dijadualkan untuk tayang pada April ini. Nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉