Ikuti Kami:

“Kalau Tak Datang, Saya Pergi Jumpa Awak” – Yeonwoo Pelakon ‘Alice’ Dedah Diganggu Peminat Fanatik

“Kalau Tak Datang, Saya Pergi Jumpa Awak” – Yeonwoo Pelakon ‘Alice’ Dedah Diganggu Peminat Fanatik

Susah betul jadi selebriti Korea ini, tambahan pula apabila ada peminat yang melampau dan bertindak di luar kawalan.

Terbaru, Yeon-woo iaitu bekas ahli MOMOLAND yang juga pelakon difahamkan telah diganggu oleh seorang peminat merangkap pengintip yang asyik mengganggunya di media sosial.

Dek tidak tahan dengan tindakannya itu, gadis ini telah memuat naik keratan perbualan lelaki itu di Instagram rasminya,

Tolong jangan datang berdekatan rumah saya.

yeonwoo diganggu peminat

Daripada mesej yang dihantar peminat tersebut, dia sepertinya mengetahui lokasi rumah Yeon-woo.

Kalau awak ada di rumah, datang sejam kemudian di tempat yang sama sebelum ini. Kalau awak tak datang, saya akan pergi berjumpa awak.

Yeon-woo kemudiannya mengugut akan melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dan turut melakukan Instagram Live bagi menenangkan peminat yang risaukan keadaannya. Katanya, lelaki itu sudah memohon maaf lantas dia memadam entri berkenaan.

Perempuan mana yang tak takut bila ada lelaki tidak dikenali cakap nak datang rumah? Kalau minat pun, kena tahu batasan juga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...