Meskipun bakat dalam pelbagai bidang seni, namun sepertinya ramai yang lebih memberikan fokus pada visual Son Na-eun.
Terbaru, satu entri di laman komuniti Pann telah menarik perhatian ramai. Ungkap penulis itu,
Saya merasakan wajah lama Son Na-eun sangat cantik tapi apabila melihat gambar terbarunya, nampaknya ia berubah lagi. Dia ada buat wajahnya lagi ke?
Boleh ke seseorang itu berubah dengan ketara dalam masa sebulan sahaja? Ada nampak kelainan.
Saya rasa dia cantik sahaja sebulan lalu dan saya dah rindu wajah itu.
View this post on Instagram
Balas netizen lain pada entri itu,
Mungkin nampak berbeza kerana pencahayaan, solekan dan juga cara foto itu diambil. Kenapa semua orang suka melompat terus kepada spekulasi pembedahan plastik?
Idola perempuan masih lagi dikritik, walaupun generasi kedua. Ironinya, idola lelaki dari era yang sama sering dipuji.
Sejujurnya, Son Na-eun tak nampak pun macam dia buat prosedur wajah kali ini. Tapi kenapa semua asyik cakap mengenai selebriti wanita melakukan pembedahan plastik?
Kalau perempuan cantik mesti akan buat musuh dengan wanita lain.
Sibuk betul pembenci Na-eun.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.